Wednesday, 24 August 2011

PROGRAM PEMBANGUNAN TINGKATAN 6

Aktivit i  : 'Mock Interview'
Tarikh  :  16 & 23 Ogos 2011
Tempat  :  Dewan Aspirasi & Bilik Kuliah

Program Pembangunan Tingkatan Enam pada tahun ini dijalankan melalui aktiviti 'Mock interview'.  Sebelum sesi temuduga dijalankan pelajar terlebih dahulu didedahkan secara teori oleh En Dzulkapli, Pensyarah Institut Perguruan Seri Kota.

Seterusnya pada 23 Ogos 2011, pelajar terlibat lengkap berpakaian kemas untuk menjalani sesi temuduga.  Panel penemuduga terdiri dari semua Guru Akademik Tingkatan Enam.  Mereka melalui 2 fasa temuduga iaitu secara individu dan berkumpulan.  Mereka bukan saja diuji untuk bercakap dalam Bahasa Melayu tetapi dinilai dalam Bahasa Inggeris juga.

Diharapkan mereka akan lebih bersedia untuk menghadapi temuduga apabila melangkah ke dunia sebenar.

























PERMATAKU SAYANG - Rumah Kasih Harmoni & Asrama Damai

Aktiviti  :  Projek Permataku Sayang Peringkat Daerah Gombak 
Tempat  :  Rumah Kasih Harmoni (RKH) Paya Jaras 
Tarikh    :  24 Ogos 2011.   

Projek ini merupakan projek yang dijayakan oleh pelajar-pelajar Tingkatan Enam dimana mereka mengumpul baju melayu dan baju kurung yang diagihkan kepada Rumah-Rumah Anak Yatim dan fakir miskin sempena menyambut hari raya. 

 En Jamal selaku Pengetua RKH menyampaikan ucapan


Pn Siti Endon Mohamad Dahlan, pengetua SMK Bukit Gading selaku Pengerusi Pelaksana Kempen Permataku Sayang memberi kata aluan.


 Penyerahan baju dan duit raya kepada anak-anak RKH



 Anak-anak RKH yang diraikan 

 Anak-anak Asrama Damai



Anak-anak RKH bersama kakak-kakak dan abang-abang Tingkatan 6 yang menjayakan kempen ini.
Semoga bantuan yang tidak seberapa ini membantu mewarnai kemeriahan hari raya mereka







Sunday, 14 August 2011

Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke-54

Tarikh: 15 Ogos 2011
Tempat: Dataran Kejat, SMKBG
Tema:- 1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera


















Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke-54 telah diadakan di tapak perhimpunan pagi tadi dan dilancarkan oleh Puan Aziah bt. Darus (GPK 1). Antara objektifnya ialah untuk memperingati detik kemerdekaan negara dan jasa pengorbanan pejuang kemerdekaan. Disamping itu, ia juga sebagai satu langkah yang dibuat oleh pihak sekolah bagi meningkatkan semangat cintakan negara dalam kalangan warga SMK Bukit Gading.

Bersempena dengan Bulan Kemerdekaan ini, beberapa program telah dirancang bagi memeriahkan sambutan pada tahun ini. Antaranya:

1. Kuiz Spontan Patriotik
2. Pertandingan menghasilkan buku skrap
3. Pertandingan menghias pintu kelas
4. Pameran Kemerdekaan
5. Melakar Bendera Malaysia

Semoga ramai pelajar akan menyertai pertandingan-pertandingan ini dan mendapat manfaat darinya.


Friday, 29 July 2011

Program Bersama Jabatan Bomba

Latihan Kebakaran II telah dijalankan di premis sekolah pada 29 Julai 2011.   Siren kecemasan berbunyi tepat pada pukul 11 pagi dimana sesi pembelajaran dan pengajaran sedang berjalan.   Murid Tingkatan 3 pula sedang berkumpul di dalam Dewan Aspirasi menghadiri aktiviti Perkampungan Bahasa.  Walau bagaimanapun semua warga sekolah berkumpul di tapak perhimpunan dalam masa yang selamat.

Kerjasama semua pihak berjaya melancarkan latihan yang dijalankan.  Semua warga berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar taklimat dan demonstrasi kebakaran.

 Murid melihat demonstrasi memadam api pihak bomba


Bantuan kecemasan oleh ahli PBSM



Guru dan murid berpeluang mencuba memadamkan api



Semoga semua yang hadir mendapat manfaat dan bersedia mengambil langkah keselamatan sekiranya berlaku kebakaran.  Terima kasih kepada semua ahli Jabatan Bomba Sungai Buloh yang turut serta menjayakan program ini


Wednesday, 20 July 2011

Kursus Haji Tingkatan Lima




Belajar haji semasa muda


Semua umat Islam menyedari kewajipan menunaikan haji ke Baitullah bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewangan, kesihatan dan keselamatan dalam perjalanan. Bagaimanapun, disebabkan peraturan atau sistem kuota yang diperkenalkan oleh kerajaan Arab Saudi, maka bilangan jemaah haji setiap tahun dihadkan.
Langkah itu bertujuan memastikan semua jemaah haji selesa mengerjakan ibadat tersebut. Sebabnya, jika tidak dihadkan, bilangan jemaah haji setiap tahun pasti meningkat dengan banyaknya sehingga menyukarkan beribadat dengan sempurna.

Pada masa yang sama, kuota itu juga memberi masa secukupnya untuk bakal-bakal haji mendalami selok-belok dan hukum hakam berkaitan manasik haji.
Sebabnya, haji biarpun mudah disebut, tetapi adalah ibadat yang paling sukar dilaksanakan kerana memerlukan kefahaman secukupnya selain kekuatan fizikal dan mental.
Atas kesedaran itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading (SMKBG) di Sungai Pelong, Sungai Buloh, Selangor, memperkenalkan Kursus Simulasi Haji kepada pelajar tingkatan lima sekolah tersebut, 9 Julai lalu.

Kursus yang diadakan mulai pukul 8.30 pagi sehingga 1 tengah hari itu mendapat sambutan menggalakkan apabila disertai oleh 180 pelajar. Ia dikendalikan dengan kerjasama Tabung Haji (TH), Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Ia terbahagi kepada dua iaitu penerangan tentang konsep dan teori ibadat haji yang diterangkan pada sebelah pagi, manakala praktikalnya selama kira-kira dua jam diadakan mulai pukul 11 pagi.

Ceramah dan sesi praktikal disampaikan oleh pembimbing haji, Md. Roslan Mohammad Jaafar yang berpengalaman selama 25 tahun dalam urusan haji dan umrah. Turut serta ialah Pengetua SMKBG, Siti Endon Mohamad Dahlan.
Antara praktikal yang dilaksanakan adalah memakai ihram bagi lelaki, bergerak dari Mekah ke Muzdalifah sambil bertalbiah, mengutip batu di Mina, melontar jamrah, tahalul, tawaf dan saie.
Ketua Unit Pentadbiran TH, Abdul Halim Dolmat memberitahu, kursus itu diadakan untuk ahli Kelab Tabung Haji (Taha) di sekolah-sekolah yang mempunyai akaun simpanan dengan TH.

Katanya, selain itu ia juga bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang pelaksanaan ibadat haji agar memudahkan mereka memahami rukun, wajib haji serta pantang larang semasa ihram dan sebagainya.
"Ini juga adalah antara usaha mempromosi dan memperkenalkan TH kepada masyarakat terutama kepada golongan pelajar sekolah," katanya kepada Mega, baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Panitia Pendidikan Islam SMKBG, Maznah Redzwan memberitahu, program itu diadakan untuk membantu pelajar lebih memahami pelaksanaan ibadat haji kerana ia termasuk dalam silibus Lambaian Kaabah di tingkatan empat.
Katanya, sebelum ini, kursus yang serupa pernah diadakan, tetapi ia tidak melibatkan simulasi haji yang turut membawa sama modul kaabah dan tempat melontar jamrah.
"Adalah diharap para pelajar akan dapat memahami dan membayangkan keadaan sebenar di Mekah dengan adanya modul-modul dalam kursus ini," katanya.














Sunday, 17 July 2011

Sukan 2011





Tarikh: 16 Julai 2011
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat: Padang SMKBG

Warna warni Kejohanan Sukan Sekolah yang ke 31 dapat disaksikan pada 17 Julai 2011 bersamaan hari Sabtu yang lalu.  Kesungguhan murid  melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti patut menjadi contoh kepada murid yang kurang bermotivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan.   Kreativiti dalam perbarisan dan kumpulan sorak jelas kelihatan.  Ada yang membawa kuali untuk dijadikan turtle dan tak kurang juga yang membawa gadget terkini "pixie bike" dalam perbarisan.

Keputusan :

Johan: Rumah Kuning
Naib Johan: Rumah Hijau
Tempat ketiga : Rumah Biru