Thursday 10 November 2011

SPM 2011

Selamat berjuang dan menduduki peperiksaan SPM 2011 yang akan bermula pada 14 November ini buat semua pelajar Tingkatan 5 SMKBG. Ganbatte!

Thursday 3 November 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Majlis Sejambak Budi Semurni Kasih 2011


Program: Majlis Sejambak Budi Semurni Kasih
Tempat: Hotel Concorde, Shah Alam
Tarikh: 30 Oktober 2011
Masa: 11.00 PG - 4.00 PTG





Majlis Graduasi Tingkatan 6 2011

Program: Majlis Graduasi Pra-Universiti kali ke 7 2011
               SMK Bukit Gading
Tarikh: 29 Oktober 2011
Masa: 11.00 PG - 5.00 PTG
Tempat: Kayangan Ballroom, AnCasa Hotel, Kuala Lumpur

Setinggi tahniah buat semua pelajar yang berjaya dan bergraduasi pada majlis kali ini.









Karnival Taster Motosikal 2011

Tarikh: 25 Oktober 2011
Tempat: Tapak Perhimpunan
Sasaran: Warga SMKBG












Wednesday 24 August 2011

PROGRAM PEMBANGUNAN TINGKATAN 6

Aktivit i  : 'Mock Interview'
Tarikh  :  16 & 23 Ogos 2011
Tempat  :  Dewan Aspirasi & Bilik Kuliah

Program Pembangunan Tingkatan Enam pada tahun ini dijalankan melalui aktiviti 'Mock interview'.  Sebelum sesi temuduga dijalankan pelajar terlebih dahulu didedahkan secara teori oleh En Dzulkapli, Pensyarah Institut Perguruan Seri Kota.

Seterusnya pada 23 Ogos 2011, pelajar terlibat lengkap berpakaian kemas untuk menjalani sesi temuduga.  Panel penemuduga terdiri dari semua Guru Akademik Tingkatan Enam.  Mereka melalui 2 fasa temuduga iaitu secara individu dan berkumpulan.  Mereka bukan saja diuji untuk bercakap dalam Bahasa Melayu tetapi dinilai dalam Bahasa Inggeris juga.

Diharapkan mereka akan lebih bersedia untuk menghadapi temuduga apabila melangkah ke dunia sebenar.

























PERMATAKU SAYANG - Rumah Kasih Harmoni & Asrama Damai

Aktiviti  :  Projek Permataku Sayang Peringkat Daerah Gombak 
Tempat  :  Rumah Kasih Harmoni (RKH) Paya Jaras 
Tarikh    :  24 Ogos 2011.   

Projek ini merupakan projek yang dijayakan oleh pelajar-pelajar Tingkatan Enam dimana mereka mengumpul baju melayu dan baju kurung yang diagihkan kepada Rumah-Rumah Anak Yatim dan fakir miskin sempena menyambut hari raya. 

 En Jamal selaku Pengetua RKH menyampaikan ucapan


Pn Siti Endon Mohamad Dahlan, pengetua SMK Bukit Gading selaku Pengerusi Pelaksana Kempen Permataku Sayang memberi kata aluan.


 Penyerahan baju dan duit raya kepada anak-anak RKH



 Anak-anak RKH yang diraikan 

 Anak-anak Asrama Damai



Anak-anak RKH bersama kakak-kakak dan abang-abang Tingkatan 6 yang menjayakan kempen ini.
Semoga bantuan yang tidak seberapa ini membantu mewarnai kemeriahan hari raya mereka