Friday 6 February 2015

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2015

Tarikh: 30 Januari 2015
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Tapak perhimpunan dan padang SMKBG




Penceramah jemputan PU Johanis



Barisan hakim perarakan bersama Pengetua SMKBG


Pelajar pendidikan khas turut menyertai perarakan


Antara kain rentang yang dipertandingkan



Wednesday 25 April 2012

LADAP: Pengurusan Stress

Tarikh: 14 April 2012
Tempat: Dewan SMKBG
Masa: 8.00 pagi

Ladap yang diadakan kali ini agak menyeronokkan kerana guru-guru didedahkan dengan cara-cara mengurangkan stress. Ceramah yang disampaikan oleh pakar fisio iaitu Puan Siti Fazilah Jamaludin dari Great Life Physio and Rehabilitation ini banyak menyentuh mengenai teknik-teknik senaman dan urutan dalam melonggarkan tekanan yang dihadapi. Sesi LADAP kali ini juga mendapat liputan di Utusan Malaysia yang menyiarkan rencananya pada 24 April 2012. Berikut adalah rencana yang ditulis:


Guru lebih stres

RAMAI yang pasti terkejut apabila mengetahui hasil kajian mendapati bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai penjara dan jururawat.
Malah kedudukan itu berada di atas daripada profesion tentera yang menduduki tempat ke lima.
"Kedudukan guru sebelum askar agak mengejutkan. Ini menunjukkan seorang guru berdiri lama ketika mengajar di dalam kelas atau melakukan aktiviti sukan dan sebagai. Jadi tidak mustahil mereka mengalami tekanan seperti kesakitan anggota badan," kata Pengarah Urusan Great Life Physio and Rehabilation, Mohd. Rozaimi Che Kamaruddinata.
Didorong perkembangan itu beliau berkata, sebagai syarikat yang mengendalikan pusat rawatan fisioterapi, pihaknya telah memperkenalkan program latihan fisioterapi khas untuk golongan guru di sekolah-sekolah seluruh negara.
Katanya, program itu disediakan khas oleh pakar-pakar fisioterapi untuk para guru dalam memberi panduan bagaimana menguruskan stres dan kesakitan anggota badan semasa bertugas.
"Matlamat program ini adalah untuk memperkenalkan kepada masyarakat bahawa rawatan terbaik dalam penyelesaian kesihatan terutamanya berkaitan stres dalam pekerjaan ialah melalui fisioterapi," katanya.
Beliau mengakui, kekangan masa bagi mereka yang bekerja untuk bersenam atau melakukan aktiviti sukan boleh menyebabkan seseorang itu kelihatan lesu dan tidak bermaya.
Ini ditambah pula dengan tekanan yang dihadapi sama ada ketika di tempat kerja mahupun di rumah.
"Fisioterapi adalah salah satu rawatan atau kaedah yang boleh dilakukan oleh semua orang dalam menghadapi tekanan dalam kerja.
"Secara umumnya fisioterapi merupakan kaedah rawatan penyakit atau kecederaan melalui penyembuhan semula jadi badan. Kaedah ini tidak menyakitkan dan tiada ubat digunakan, ia lebih kepada proses pemulihan dan pencegahan," katanya.
Dalam pada itu program pertama latihan fisioterapi di sekolah berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading, Sungai Buloh, Selangor, baru-baru ini membabitkan 135 guru dan kakitangan sekolah.
Pengetuanya, Siti Endon Mohamad Dahlan berpendapat program itu baik dalam membantu guru-guru dan sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada mereka.
"Rawatan ini adalah mudah dan boleh dilakukan oleh semua lapisan masyarakat terutama yang bekerja. Sedikit sebanyak ia membantu melahirkan kualiti kerja yang bermutu," katanya.
Melalui program tersebut, guru-guru telah didedahkan secara teori dan praktikal daripada aspek fisioterapi oleh kakitangan Great Life Physio and Rehabilation dengan kerjasama pelajar Masterskill.
Sesi ceramah telah diberikan oleh Pakar Fisioterapi Great Life Physio and Rehabilation, Siti Fazilah Jamaluddin, yang menerangkan beberapa aspek mengenai stres yang boleh mengakibatkan seperti pening, sakit belakang, lemah sistem pertahanan badan, mengganggu mutu kerja dan juga boleh berlaku serangan jantung serta obesiti.
Selain itu, tanda-tanda stres boleh dikenal pasti menerusi degupan jantung yang laju, ketegangan otot, proses pernafasan menjadi cepat, berpeluh dan terasa perut kurang selesa, loya dan cirit.
Fazilah menjelaskan antara faktornya adalah disebabkan penat, kurang tidur, postur badan ketika bekerja, bebanan kerja, suasana tempat kerja, skop kerja dan sebagainya.
Malah beliau berharap supaya masyarakat menerima rawatan fisioterapi ini sebagai satu alternatif perubatan dalam kehidupan.

Sunday 22 April 2012

Pejabat sekolah dipecah masuk!

Empat komputer riba sekolah lesap

IZWAN ROZLIN

22 April 2012





SUNGAI BULOH – Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading kerugian RM20,000 apabila empat komputer riba yang disimpan dalam pejabat sekolah dilarikan penjenayah yang memecah masuk sekolah itu, awal pagi semalam.
Komputer riba yang diletakkan di dalam peti besi itu disedari hilang selepas seorang guru hendak menggunakan komputer itu sebagai alat bantuan mengajar.
Menurut sumber, penjenayah itu mengambil masa yang singkat untuk melarikan ke semua komputer riba berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
“Anehnya si pencuri tidak pula melarikan empat set komputer LCD yang disimpan di peti besi sama yang digunakan untuk kegunaan bengkel pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR,” katanya.
Difahamkan, penjenayah turut melarikan wang tunai yang ditinggalkan di bilik guru terbabit selain turut menggeledah dan mengumpil rak besi di bilik pengetua sekolah.
“Mereka masuk dengan memotong rantai pada pagar pintu masuk ke pejabat dan kemudian mengumpil pintu papan untuk masuk,” katanya.Difahamkan, sekolah ini sudah beberapa kali dipecah masuk sejak 2004.Laporan mengenai kejadian itu kemudiannya dibuat di Balai Polis Sungai Pelong.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes sedang disiasat.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/empat-komputer-riba-sekolah-lesap-1.42017

Monday 16 April 2012

Minggu Bahasa

Tarikh: 5 Mac 2012
Tempat: Tapak Perhimpunan SMKBG


Banner/Bunting sempena pelancaran Minggu Bahasa


Pengacara Majlis Pelancaran Minggu Bahasa


Ketua Kelas menerima sumbangan buku bagi projek Sudut Bacaan





Kumpulan Koir dari 1B1

Merentas Desa 2012

Tarikh: 3 Mac 2012
Tempat: Sungai Pelong


Para pelajar berkumpul ditapak perhimpunan bagi aktiviti memanaskan badan


Larian yang diawasi oleh petugas dari Tingkatan Enam


Salah satu laluan merentas desa


Guru Rumah Hijau menerima piala pusingan ( Johan Merentas Desa 2012). Tahniah!