Monday 20 June 2011

Perkhemahan Lencana Usaha - Pengakap Muda dan Pengakap Remaja

Tarikh: 17 hingga 18 Jun 2011
Tempat: SMK Bukit Gading
Penyertaan: 44 orang ahli pengakap + 3 orang pemimpin

Pada hari Jumaat dan Sabtu yang lepas, Unit Pengakap SMK Bukit Gading telah menjalankan satu perkhemahan Lencana Usaha untuk pengakap Muda dan Remaja. Perkhemahan ini bukanlah satu perkhemahan yang menyeluruh tetapi merupakan satu perkhemahan bagi membimbing ahli pengakap SMKBG untuk bersedia sebelum menjalani Ujian Lencana Usaha pada satu tarikh yang ditetapkan nanti. Pada perkhemahan tersebut para peserta mempelajari beberapa perkara seperti menghidupkan api, istiadat menaikkan bendera, melipat dan menyimpan bendera dan beberapa perkara yang akan membantu melengkapkan diri mereka sebagai ahli pengakap yang baik. Untuk ahli pengakap yang akan menjalani ujian lencana usaha ini nanti, sila ke laman web ini : http://hanyc93.webs.com/lencanakeahlian.htm untuk maklumat dan melengkapkan buku log anda.


                                           Selepas menjalani senaman pagi
                               Bergambar seketika sambil menunggu telur siap di bakar
                                            Lunch time!!
                                         Telur yang disalut selut untuk aktiviti masakan rimba
                                            Menyediakan bahan untuk roti lilit
                            Khemah peserta lelaki..yang hujung tu dah roboh nampaknya!
Menghidupkan api untuk aktiviti masakan rimba.
                                            Puan Pengetua memberi ucapan penutup.

No comments:

Post a Comment