Monday, 20 June 2011

Perkhemahan Lencana Usaha - Pengakap Muda dan Pengakap Remaja

Tarikh: 17 hingga 18 Jun 2011
Tempat: SMK Bukit Gading
Penyertaan: 44 orang ahli pengakap + 3 orang pemimpin

Pada hari Jumaat dan Sabtu yang lepas, Unit Pengakap SMK Bukit Gading telah menjalankan satu perkhemahan Lencana Usaha untuk pengakap Muda dan Remaja. Perkhemahan ini bukanlah satu perkhemahan yang menyeluruh tetapi merupakan satu perkhemahan bagi membimbing ahli pengakap SMKBG untuk bersedia sebelum menjalani Ujian Lencana Usaha pada satu tarikh yang ditetapkan nanti. Pada perkhemahan tersebut para peserta mempelajari beberapa perkara seperti menghidupkan api, istiadat menaikkan bendera, melipat dan menyimpan bendera dan beberapa perkara yang akan membantu melengkapkan diri mereka sebagai ahli pengakap yang baik. Untuk ahli pengakap yang akan menjalani ujian lencana usaha ini nanti, sila ke laman web ini : http://hanyc93.webs.com/lencanakeahlian.htm untuk maklumat dan melengkapkan buku log anda.


                                           Selepas menjalani senaman pagi
                               Bergambar seketika sambil menunggu telur siap di bakar
                                            Lunch time!!
                                         Telur yang disalut selut untuk aktiviti masakan rimba
                                            Menyediakan bahan untuk roti lilit
                            Khemah peserta lelaki..yang hujung tu dah roboh nampaknya!
Menghidupkan api untuk aktiviti masakan rimba.
                                            Puan Pengetua memberi ucapan penutup.

Thursday, 9 June 2011

KEMBARA NILAM 2011

Tarikh  :  06-07 Jun 2011
Tempat  :  Bandaraya Ipoh (Majlis Bandaraya Ipoh, Taman Rekreasi Gunung Lang, SMV Jalan Cator, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak)
Aktiviti  :  Lawatan Ilmiah.
Anjuran  :  Unit NILAM & Kelab Pengawas Pusat Sumber
Kerjasama  :  KTMB, The Star, PIBG SMK Bukit Gading

Seramai 80 orang murid diiringi 10 orang guru telah mengadakan lawatan ilmiah ke Bandaraya Ipoh.  Rombongan pergi dengan menaiki ETS dan balik menaiki keretapi shuttle.  Tujuan lawatan diadakan adalah sebagai memberi pengiktirafan dan insentif murid-murid yang telah mencapai pingat Gangsa keatas dan terlibat secara aktif dengan program bacaan (NILAM) di sekolah.  

 Suasana di dalam Electric Train Service (ETS)

 Taklimat di Dewan Majlis Bandaraya Ipoh

 Riadah petang bersama Cikgu Naza di Taman Dr Seenivasagam ( taman hijau mempesonakan)



 Aktiviti Rakan Pembaca, Intan Norzulaikha asyik bercerita

 Melakonkan pelbagai watak

 Perpustakaan Awam Perak (PPANPk) (kagum dengan Anugerah 5S)

 Kenangan bersama Pengarah PPANPk, Tn Hj Mohammad Nazari Hj Abdul Hamid dan staf perpustakaan

 Majlis Penutup Kembara NILAM di platform Stesen Keretapi Ipoh

 Tempat ahli rombongan bermalam dan menjalankan aktiviti Rakan Pembaca


 Di hadapan mercu tanda Gunung Lang

 Lompat tarzan Cikgu Naza

 Indah dan nyaman menaiki bot menuju ke Gunung Lang



 Murid menjalani aktiviti NIE di dalam ETS,  Ms Alicia, jurnalis (gambar bawah)
dari The Star turut serta membuat liputan




 Senaman Pagi

Lapisan Banjaran Titiwangsa berbalam di belakang

Taman Rekreasi yang dijaga rapi



Bersama kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh di Gunung Lang.  Terima kasih atas layanan yang istimewa.  Terima kasih cenderamata dan kudapan pagi dan minum petang yang enak

.

 Bersama kakitangan KTMB di platform Stesen Ipoh selepas Majlis Penutup Kembara Nilam

 Bangunan Stesen Keretapi Ipoh

 Pokok Ipoh

Perjalanan pulang di dalam shuttle



Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh En Khair Johari Ishak, Pengurus Operasi Commuter Services.  Terima kasih encik.