Wednesday, 26 October 2011
Monday, 17 October 2011
Thursday, 25 August 2011
Wednesday, 24 August 2011
PROGRAM PEMBANGUNAN TINGKATAN 6
Aktivit i : 'Mock Interview'
Tarikh : 16 & 23 Ogos 2011
Tempat : Dewan Aspirasi & Bilik Kuliah
Program Pembangunan Tingkatan Enam pada tahun ini dijalankan melalui aktiviti 'Mock interview'. Sebelum sesi temuduga dijalankan pelajar terlebih dahulu didedahkan secara teori oleh En Dzulkapli, Pensyarah Institut Perguruan Seri Kota.
Seterusnya pada 23 Ogos 2011, pelajar terlibat lengkap berpakaian kemas untuk menjalani sesi temuduga. Panel penemuduga terdiri dari semua Guru Akademik Tingkatan Enam. Mereka melalui 2 fasa temuduga iaitu secara individu dan berkumpulan. Mereka bukan saja diuji untuk bercakap dalam Bahasa Melayu tetapi dinilai dalam Bahasa Inggeris juga.
Diharapkan mereka akan lebih bersedia untuk menghadapi temuduga apabila melangkah ke dunia sebenar.

PERMATAKU SAYANG - Rumah Kasih Harmoni & Asrama Damai
Aktiviti : Projek Permataku Sayang Peringkat Daerah Gombak
Tempat : Rumah Kasih Harmoni (RKH) Paya Jaras
Tarikh : 24 Ogos 2011.
Projek ini merupakan projek yang dijayakan oleh pelajar-pelajar Tingkatan Enam dimana mereka mengumpul baju melayu dan baju kurung yang diagihkan kepada Rumah-Rumah Anak Yatim dan fakir miskin sempena menyambut hari raya.
En Jamal selaku Pengetua RKH menyampaikan ucapan
Pn Siti Endon Mohamad Dahlan, pengetua SMK Bukit Gading selaku Pengerusi Pelaksana Kempen Permataku Sayang memberi kata aluan.
Penyerahan baju dan duit raya kepada anak-anak RKH
Anak-anak RKH yang diraikan
Anak-anak Asrama Damai
Anak-anak RKH bersama kakak-kakak dan abang-abang Tingkatan 6 yang menjayakan kempen ini.
Semoga bantuan yang tidak seberapa ini membantu mewarnai kemeriahan hari raya mereka
Sunday, 14 August 2011
Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke-54
Tarikh: 15 Ogos 2011
Tempat: Dataran Kejat, SMKBG
Tema:- 1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke-54 telah diadakan di tapak perhimpunan pagi tadi dan dilancarkan oleh Puan Aziah bt. Darus (GPK 1). Antara objektifnya ialah untuk memperingati detik kemerdekaan negara dan jasa pengorbanan pejuang kemerdekaan. Disamping itu, ia juga sebagai satu langkah yang dibuat oleh pihak sekolah bagi meningkatkan semangat cintakan negara dalam kalangan warga SMK Bukit Gading.
Bersempena dengan Bulan Kemerdekaan ini, beberapa program telah dirancang bagi memeriahkan sambutan pada tahun ini. Antaranya:
1. Kuiz Spontan Patriotik
2. Pertandingan menghasilkan buku skrap
3. Pertandingan menghias pintu kelas
4. Pameran Kemerdekaan
5. Melakar Bendera Malaysia
Semoga ramai pelajar akan menyertai pertandingan-pertandingan ini dan mendapat manfaat darinya.

Friday, 29 July 2011
Program Bersama Jabatan Bomba
Latihan Kebakaran II telah dijalankan di premis sekolah pada 29 Julai 2011. Siren kecemasan berbunyi tepat pada pukul 11 pagi dimana sesi pembelajaran dan pengajaran sedang berjalan. Murid Tingkatan 3 pula sedang berkumpul di dalam Dewan Aspirasi menghadiri aktiviti Perkampungan Bahasa. Walau bagaimanapun semua warga sekolah berkumpul di tapak perhimpunan dalam masa yang selamat.
Kerjasama semua pihak berjaya melancarkan latihan yang dijalankan. Semua warga berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar taklimat dan demonstrasi kebakaran.
Kerjasama semua pihak berjaya melancarkan latihan yang dijalankan. Semua warga berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar taklimat dan demonstrasi kebakaran.
Murid melihat demonstrasi memadam api pihak bomba
Bantuan kecemasan oleh ahli PBSM
Guru dan murid berpeluang mencuba memadamkan api
Semoga semua yang hadir mendapat manfaat dan bersedia mengambil langkah keselamatan sekiranya berlaku kebakaran. Terima kasih kepada semua ahli Jabatan Bomba Sungai Buloh yang turut serta menjayakan program ini
Subscribe to:
Posts (Atom)