Tuesday 17 May 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011

Acara: Sambutan Hari Guru 2011
Masa: 7.45 pagi - 1.30 tengahari
Tempat: SMKBG
Tema: Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara









Sunday 15 May 2011

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Bersempena Sambutan Hari Guru 2011 yang bertemakan "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara", warga SMKBG ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik tidak kira di mana anda berada. Semoga kita bersama menjana transformasi pendidikan negara!

Sukaneka Sempena Hari Guru.

Tarikh: 13 Mei 2011
Tempat : Gelanggang Takraw SMKBG
Acara: Sukaneka sempena Hari Guru 2011.









Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan Enam Rendah 2011

Jawatankuasa Orientasi













Selamat datang ke SMKBG!

Monday 9 May 2011

Cuaca Panas!

Suhu Panas Dijangka Berakhir Minggu Depan
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong.

Beliau berkata keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina yang meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini.

"Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering," katanya kepada Bernama.

Namun beliau berkata keadaan cuaca yang panas seperti itu adalah normal dalam bulan Mei dan ia lebih rendah berbanding suhu yang dicatat pada bulan Mei tahun 1998.

"(Pada 1998) di Chuping (suhunya 38.9 darjah Celsius), Alor Setar (37.5 darjah Celcius), Lubuk Merbau (37.0 darjahCelcius), Melaka (38.0 darjah Celcius), Batu dan Kuala Krai (38.0 darjah Celcius)," katanya.

Saw bekata keadaan panas yang berterusan akan menyebabkan rumput dan tanah menjadi kering dan menjadikan api mudah marak seterusnya boleh menyumbang kepada jerubu.

Beliau menasihatkan orang ramai agar mengelakkan pembakaran secara terbuka dan mengurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri mereka secara terus kepada matahari.

-- BERNAMA


Tuesday 3 May 2011

Sepintas Lalu Pencapaian Ko-Kurikulum 2011

Olahraga MSSD Gombak 2011


Tempat keempat keseluruhan dengan pencapaian 5 emas 4 perak dan 3 gangsa. Berjaya mencipta rekod bagi acara lompat kijang bagi kategori lelaki bawah 15 tahun dengan catatan 12.6 meter seterusnya mengangkat Mohd Fauzi Ismail (3A1) sebagai Olahragawan kejohanan MSSD 2011. Syabas diucapkan!

Bola Sepak MSSD 2011

Pasukan bola sepak bawah 18 tahun SMKBG tidak dapat mengulangi kehebatan 2010 kerana hanya berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan pada tahun ini.

Sepak Takraw MSSD Gombak 2011

Pasukan sepak takraw SMKBG berjaya menjadi johan dan naib johan untuk kategori bawah 15 dan bawah 18. Syabas diucapkkan!

Bola Tampar MSSD Gombak 2011

Pasukan lelaki telah berjaya mendapat naib johan pada kejohan bola tampar pada tahun ini. Tahniah!

Bola Jaring MSSD Gombak 2011

Pasukan bola jaring SMKBG bawah 15 tahun berjaya menjadi naib johan. Syabas !

Tenis MSSD Gombak 2011

Pasukan tenis bawah 15 tahun SMKBG berjaya mencipta kejutan pada tahun ini apabila berjaya mendapat tempat pertama dan kedua dalam acara individu dan menjadi johan bagi acara beregu lelaki bawah 15 tahun. Kejayaan ini merupakan pencapaian terbaik pasukan tenis sekolah setakat ini. Tahniah diucapkan!

Merentas Desa MSSD 2011

Pasukan merentas desa SMKBG berjaya mendapat tempat kedua bagi kategori lelaki bawah 18 tahun dan juga tempat ke 13 dan 15 bagi perempuan bawah 18 tahun sementara ada juga peserta perempuan bawah 15 tahun yang mendapat pingat apabila melepasi garisan penamat di tempat ke tujuh.

Monday 2 May 2011

Pertandingan Kawad Kaki Pengakap Daerah Gombak 2011

Pasukan Pengakap lelaki SMK Bukit Gading telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan peringkat daerah Gombak yang diadakan di SMK Lembah Keramat baru-baru ini. Pencapaian ini boleh dibanggakan kerana ia merupakan penyertaan kali kedua di dalam pertandingan kawad kaki daerah Gombak.Tahniah diucapkan kepada pasukan pengakap 89 SMKBG dan juga tidak lupa kepada guru-guru pemimpin yang telah berusaha keras untuk mencapai kejayaan ini.